Monday, November 16, 2015

Cantik Itu Abstrak



*waduh neng ..Tudung serabut pun lawa


Situasi 1:
Pernah tak korang nampak seseorang tu cantik dan korang cerita kat kawan-kawan korang betapa cantiknya/hensemnya budak tu. Then korang pun berpakat lah tunggu budak tu lalu sebab nak buktikan kat kawan-kawan korang yang tak percaya tu. Lepas dah nampak ada kawan korang yang setuju tapi mesti ada yang akan cakap 'biasa-biasa je lah' atau 'tak lawa mana pun' dan tak kurang jugak ' eh kau ni nipunyerr. Aku lagi lawa'. So kawan kau yang last tu wajiblah kau bazooka bertubi-tubi ...kah kah kah.


Situasi 2 :
Pernah tak korang bila berkawan, waktu first time jumpa mesti korang akan describe kawan baru korang tu samada cantik, average atau muka pecah or something. hehe. Tapi, bila friendship korang bertahan semakin lama, you guys will discover the inner beauty of your friends' soul. Then mesti korang akan rasa "My friends are beautiful". Ataupun bila kau ada suka pada seseorang. mesti rasa cem waduh bergetar gegendang telinga sampai berdarah-darah. Lepastu korang mesti akan rasa teruja bila cerita pasal diorang. Plus korang beria story macamlah kawan/crush kau tu jejaka/gadis idaman malaya acah-acah Emma Maembong atau heronya Johny Depp. fuh fuh..  padahal hakikatnya muka  banyak kawah-kawah kenistaan plus entah-entah gigi pun gosok setakat dua kali seminggu. yekks 

Situasi 3 :
Sorry malas nak type. HO HO HO


~Kesimpulannya cantik itu abstrak~


Apa yang patut korang buat lepasni : 
1. Jangan risau kalau ada yang kata korang tak cantik sebab someday mesti akan ada . Bukan setakat cakap korang cantik tapi yang paling cantik..
2. Jangan suka-suka kata orang hodoh, buruk, hitam, gemuk, pendek*uhulk dan seangkatannya.
3. Walaupun muka korang macam kuih talam penyek jangan risau sebab kadang-kadang kuih talam penyek tu sedap je. Dan jangan berangan nak buat pembedahan plastik. kalau buat jugak tetiba tuhan nak ajar kau bersyukur tup tup keluar muka makhluk ganjil baru tau.
4. Apa guna muka lawa tapi kecantikan dalaman tak ada.
5. Kalau rasa muka tu buruk, ubahlah perangai dan peribadi kau sekiranya buruk juga. Mungkin orang nampak kau buruk sebab kau kurang nilai dalaman. Cuba kau tengok orang yan muka dia tak de lah lawa mana tapi baik dan selalu bercakap yang baik baik. Wajah dia berseri dan sejuk mata memandang.
6. Bila orang puji korang cantik comel pe semua tu balaslah dengan amin/alhamdulillah dan seangkatan. Walaupun korang tahu itu perlian atau sindiran, cuba elakkan kutuk diri sendiri balik sebab korang boleh jadi tanpa sengaja mengutuk ciptaan tuhan. Imperfection is beautiful ^_^ Pesanan untuk diri sendiri juga..
7. Be happy and hilarious because you are beutiful.


This post is dedicated for you readers and for my beautiful friends.

Wednesday, June 10, 2015

Sorry Guys

Sorry to those yang dah follow sini and minta followback tu sebab kita tak dapat followback. huhuhhuhu. Sorry sangat2 tau. Tak tau lah masalah apa tapi bila kita pergi blog korang section follower tu hilang . So tak dapat nak follow korang sorry sangat2. Masalah ni sampai dua bulan tau. lama gilahuhu. Kita nak blogwalking pun tak boleh. nak follow memfollow lagi lah tak boleh.. *menangis tesedu-sedu


Tapi sekarang dah okay. Tapi kita terlupa pasal korang dah minta followback.
 Lepastu kita bersihkan chatbox sebab banyak spam . I am so sorry sebab dah terdelete message korang so tak dapat nak cari balik siapa yang dah mention for followback tu. Sorry sangat-sangat sebab dah delete baru ingat.. *tsk tsk.


So korang kalau nak minta followback just mention je okay. Harap problem cam tu tak jadi lagi. susah nak buat kerja follow memfollow. Dah tu je nak kata.

~The End~

Saturday, April 11, 2015

April

*motif : Macaroon ni biru


Rasanya dah lama sangat tak usik blog ni. Rindunya nak blogwalking. So inilah first post aku untuk tahun 2015 ni. Walaupun nampak macam tak sesuai dan memang sebenarnya tak sesuai pun tulis entri ni sebab bukan bulan satu bukan bulan tiga tapi dah 11 hari bulan empat dah . Tapi aku kesah gapo. Asalkan ada entri baru walaupun tak berapa nak menarik sangat untuk orang baca. Nanti agak2 dah lama aku delete lah. Keh Keh.

 Tahun 2015 ni aku dah form 4. Alhamdulillah dapat amik sains tulen walaupun dapat kelas nombor dua dan terpisah dengan kawan-kawan. Sumpah sedih. Walaupun baru bulan april dah macam macam benda aku alami. 

Pertama : Satu-satunya ex-classmate aku masa tingkatan tiga yang dapat sekelas dengan aku untuk tingkatan empat pindah masuk sbp. Aimi namanya. Dia memang baik. Memanglah sedih tapi takkan taknak lepaskan. Untuk kebaikan dia jugak. Akhirnya tinggallah aku keseorangan dikelilingi budak cina dan india. Memang sekarang aku kurang rapat ngan budak melayu kat kelas sebab bagi aku berkawan dengan budak cina dan india lebih mengurangkan stress. Lagi bila dengar diorang buat lawak hambar. Lepastu bila dengar diorang baca syair atau pantun sampai sakit perut gelak.

Kedua : 'ter'gaduh dengan akak senior. Keh Keh keh.. Eleh biarlah. Dah form 4 ni nak jugak rasa bergaduh dengan akak senior. hahaha. Sebenarnya aku bukanlah jenis kaki gaduh. Salah faham sikit gaduh. Langgar sikit gaduh. Tak tau lah apa masalah akak senior sorang ni. Kadang kadang dia ok. Kadang kadang yang selalu dia tak ok. Aku tak rasa pun perbuatan aku salah. Last2 kena tengking waktu perhimpunan koko.Tambah pula akak sorang ni komander kawad. Nyaringnya suara akak, I like.. Lepas kejadian tu nama aku naik dikalangan budak2 asrama almaklumlah akak tu pun duduk asrama. Fuh.. Time tu cuak jugak ah takut kena bash ke apa. Tapi alhamdulillah tak de. Dekat 2 minggu jugak ah cerita aku panas. He he he. Selang beberapa hari aku terserempak dengan akak tu. Aku tak tau nak buat apa so aku senyum je lah. Tak sangka pula dia balas senyuman aku but in a creepy way yang tak dapat aku tafsirkan. Lepastu aku dibiarkan kebingungan....kebingungan...kebingungan...kebingungan...

Ketiga : Pertama kali aku bersemangat lari tanpa henti waktu program merentas desa. Tapi masih tak menang jugak. Walaupun aku memang tak berharap untuk menang tapi sekurang-kurangnya nak juga merasa dapat mata untuk disumbangkan kepada rumah sukan aku. Sampai tempat penamat awal juga. Tapi hampeh je. Walau macam mana pun rumah biru lah yang menang. He he he.

Sebenarnya masih ada yang keempat kelima dan kesepuluh tapi aku tak berminat nak cerita satu- satu. So matlamat aku nak buat entri pertama dah tercapai. Nak juga join giveaway tapi macam tak bersemangat  pula. Sebabnya pernah kena tipu. Dua kali pula tu. Tak ada rezeki lah kut. Tak apalah. Kepada Si Sponsor, jangan risau aku dah ikhlaskan. Harap awak tak buat dah kat orang lain. Cuma jangan berjanji kalau tak mampu.

~Sekian~
Pink Transparent Star